Friday, April 20, 2012

Bila asyik memandang BARAT

Salam semua, semoga sihat hendaknya
*ayat bajet ada orang baca blog dia =,=
Nak kongsi sikit pemandangan eh salah pandangan tentang apa yang saya dapat hari ni.

Pagi tadi kena marah sebab datang lewat untuk Program i-Think.
*bukan ni yang saya nak habaq...
Rupenyer program tu sebenaqnya nak cita pasal Thinking Maps.
Semuanya pasal THINKING lah...
Dipendekkan cerita, benda ni sebenaqnya diambil dari idea omputeh a.k.a mat saleh or barat.

THINKING MAPS ada 8 jenis semuanya. (see more)
1. Circle Map
2. Bubble Map
3. Double-Bubble Map
4. Flow Map
5. Multi - Flow Map
6. Brace Map
7. Tree Map
8. Bridge Map
Map-map ni semua leh bantu menarik perhatian pelajar untuk belajaq lebih mudah, seronok...
Kaedah yang cuba nak diterapkan pada semua che'gu...~
Yang peliknya, benda ni macam dah lama dah...sama ja MIND MAP...
*semua produk yang nak juai kit BELAJAR kat bebudak UPSR, PMR, SPM, STPM majoritinya galak student study guna MIND MAPPING...warna warni gitu...sebab leh tingkatkan daya ingatan.
Bila difikirkan semula, kalau takat ingat tapi tak amal, tak daq gunanya jugak..membebel pulak dah.. =="

Hairan, Pelik, Hairan, Pelik, Hairan
Nak tau kenapa? Kenapa bila Pak Leh (Mat Saleh) introduce idea baru, semua nak ikut.. dan dipandang tinggi. Macam lah dalam Islam tak daq semua tuh..means AlQuran dan AsSunnah.
*eh eh..apsal emo lak nim... ==" maaf tak sengaja...

Kalau kita memang kaji AlQuran, kita akan sedar yang banyak perkataan yang membawa maksud berfikir.
Tak kurang ada juga ayat yang dimulakan dengan persoalan yang juga menggalakkan kita berfikir...
Contoh Surah Al-Fil ayat 1 dan 2 yang bermaksud,
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? 

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? 

Itu cuma sebahagian sahaja... ada banyak lagi ayat yang sedemikian maksudnya iaitu ayat berbentuk persoalan.Cuma terpulang kepada kita sedar atau tidak akan hakikat itu.Saya ni bukanlah arif sangat cuma sekadar nak berkongsi sedikit ilmu yang ada.

Ini sekadar pendapat peribadi...
Kita terlampau menyanjung teori-teori Barat sedangkan di tangan kita ada satu mushaf yang penuh dengan teori yang selari dengan zaman sejak ia diturunkan lagi kita ketepikan. 

Pandang Barat dan menyanjung negara maju yang lain memang tak salah, tapi sampai bila?
Bakal Guru dilatih untuk menghadam teori-teori Barat sedangkan Islam ada teori yang lebih lengkap yang kita boleh aplikasi?
Murid-murid pula diajar dengan teori Barat dan sedikit sekali penghayatan Islam...
Sedihnya bila mengenangkan diri ini juga merupakan salah seorang daripada keluaran teori itu.
Bukan nak membangkang 100% Teori Barat, tapi kenalah selarikan dengan ajaran Islam demi masa depan kanak-kanak Muslim akan datang.
Adakah kita ingin terus membaratkan anak-anak sendiri daripada mengislamkan mereka?
Adakah kita ingin anak-anak terus dilabel sebagai Islam sekadar pada IC/MyKad sahaja?

Ya. Mungkin ada yang berpendapat saya cuma pandai taip sahaja.Namun, saya sedar tanggungjawab itu terletak pada pundak saya.Saya dalam usaha untuk mendalami lagi Islam ini kerana bagi saya dalam diri seorang yang Islam warisan itu MALAS MENGKAJI jika dibandingkan dengan seseorang yang MENCARI KEBENARAN mereka lebih suka membuat kajian.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ada insan sekeliling yang berjaya membangkitkan rasa ingin mengkaji dan suka membaca dalam diri ini meskipun tidak 100%. Almaklumlah, baru nak berjinak-jinak.ngee..~
Plus, mungkin mewarisi sikap arwah ayah yang buat jadi macam ni kot...suka membaca dan beli buku... =D

Ada banyak lagi yang perlu didalami sebelum diri melangkah kaki sebagai pendidik suatu hari nanti.
Moga dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan yang masih jauh ini.

Usah terlalu menyanjung barat kerana mereka tidak menyanjung Islam tapi mereka menindas Islam.

Sekian,terima kasih.
Salah silap, harap dimaafi dan diteguri.
Saya terima kritikan membina.

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template