Tuesday, April 10, 2012

begini akhirnya...

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera semua.
Hope semua fine belake lah ari ni.
*ada ke yang baca blog ceq? mekaseh la sudi baca blog senteng cket ni.ngeh3x...

Suddenly ari ni rasa nak borak ngan blog...
Pasal...impian....
Semua orang ada impian kan...
Aku pun ada gak...
Tapi jalannya macam masih belum dibuka dan masih kabur...
Entahla. Aku selalu tertanya-tanya bila dapat sempurnakan impian itu.
Mungkin usaha belum mencukupi.
Atau
Memang bukan jalan untuk aku ke sana.

Aku dah mula rasa,
beginilah sepatutnya pengakhirannya
beginilah sepatutnya yang berlaku
iaitu
aku berhenti untuk menulis luahan hati kepada cerita...
aku berhenti untuk menjelmakan diri dalam cerita sendiri...
aku berhenti untuk menjiwai pelbagai watak yang ku cipta...
aku berhenti untuk mereka kebahagian yang tidak nyata...

Ya! Aku kena berhenti...
Berhenti kerana aku mulai lelah...
Berhenti kerana aku rasa letih...
Berhenti kerana aku sudah penat...

Tapi bukan untuk selamanya
Ini cuma sementara
Mungkin sehingga semangat datang semula
Mungkin bila ilham datang menjelma

Entahla...
Jangan tanya aku bila
Usah tanya aku kenapa
Doakan sahaja

Terima kasih kerana membaca.
Anis, 4/10/12
17:26

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template