Monday, April 30, 2012

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Friday, April 27, 2012

saya&awak, B A H A G I A

B A H A G I A
Tak bererti kau perlu bersama dengan dia yang kau sayangi
...
B A H A G I A
Cukup sekadar engkau tahu dia bahagia bersama insan disayangi walaupun bukan bersama dirimu
...

AWAK NAMPAK SAYA
keluar dengan dia tapi tak bermakna
SAYA BERCINTA DENGAN DIA

AWAK NAMPAK SAYA
mesej dengan dia tapi tak bermakna
DIA BERTAKHTA DI HATI SAYA

AWAK NAMPAK SAYA
like status dia tapi tak bermakna
HANYA DIA YANG SAYA ADA

AWAK NAMPAK SAYA
selalu tengok dia tapi tak bermakna
DIA JUGA PUNYA RASA YANG SAMA

setiap orang punya definisi berbeza tentang b-a-h-a-g-i-a
itulah definisi b-a-h-a-g-i-a saya

A W A K
saya nak awak tahu
~ yang awak nampak tu tak semestinya betul ~
~ yang betul pulak tak semestinya awak perlu nampak ~
bunyi macam pelik,
tapi itulah hakikat
contoh
ANGIN
awak dapat rasa kehadirannya kan,,,
 tapi awak tak nampak angin tu.
bila awak tengok pokok bergoyang pulak
tak semestinya kerana 
ANGIN
yang bertiup kan...
 

Wednesday, April 25, 2012

Saat Kau beriku kesakitan

Ya Allah,
jika sakit ini menghapus dosaku yang lalu
biarlah kesakitan ini yang menjadi ganti pada neraka
namun aku tahu
sakit tetap sakit
neraka tetap neraka
sakit ini tak terbanding dengan seksa di neraka itu

Ya Allah,
jika sakit ini membuatkanku selalu mengingatiMu
biarlah kesakitan ini menjadi pendampingku
sehingga
aku tak pernah leka dan lalai
daripada mengingatiMu

Ya Allah,
jika sakit ini buatku makin kuat menempuh kehidupan
biarlah kesakitan ini menemani setiap langkahku
sampai
aku takkan rasa lemah
untuk
beribadah kepadaMu

Ya Allah,
jika sakit ini buatku menyesali dosa-dosa lalu
biarlah sakit ini terus bersamaku
supaya
aku takkan pernah berhenti memohon
agar
taubatku diterimaMu

Ya Allah,
Walau diri ini bukan lah seorang yang tinggi iman,
tapi diri ini sedar akan kekurangan kerana terlalu banyak melakukan kemungkaran.
Saat kau beriku kesakitan, ku rasa itu satu kenikmatan.

Ya Allah,
Meskipun diri ini pernah melakukan kesalahan dan kemaksiatan,
hamba berharap taubatku ini dapat diampunkan.
Saat kau beriku kesakitan, ku rasa itu satu peringatan.

Ya Allah,
Ku sedar yang diri ini telah dan pernah jauh tersasar.
Ampuni diriku, terimalah taubatku.
Ku bermohon hanya padaMu.
Saat kau beriku kesakitan, ku sedar ku masih dalam pemerhatianMu.

Ya Allah,
Terima kasih atas sakit yang Engkau beri pada hambaMu ini.

~ anis ~
April 2012
Teratak Rindu
 

Saturday, April 21, 2012

Merindukanmu

Salam sokmo...
Moga hujung minggu anda awesome.
Hari ini agak memenatkan...tapi tidak merugikan...
(^^,)v
Tolong orang yang kita sayang lebih bermakna daripada kita membuang masa kan...
Dipendekkan cerita...
Kita takkan kenal seseorang itu kalau kita jarang luangkan masa bersama mereka.
Hari ini PENAT tapi PRICELESS.

Insan ini akan sentiasa ada di hati...
Insan yang tak pernah lelah mendidik diri ini...
Insan ini banyak memberi manfaat...
Aku akan selalu merindukanmu...

Moga ikatan antara kita takkan luput bagai angin lalu...
Moga angin yang berlalu kan sentiasa sampaikan rinduku padamu...
Maaf andai ada khilaf sepanjang kita bersama...
Maaf andai ada tutur yang diluah terguris hati...
Maaf juga andai anak ini pernah menyusahkan...


Soalan yang ditanya telah pun ku jawab...
Cuma, maaf andai jawapannya bukan seperti yang diingini...
Moga doamu sentiasa mengiringi setiap langkah kaki...
Moga pergimu diredhai dan diberkati Ilahi...

Terima kasih Umi...
Terima kasih Ustazah...
Syukran atas segalanya....

Segala kenangan kan tersemat di hati...
Segala teguran kan terpatri di ingatan...
InsyaAllah...
Hubungan ini kan berkekalan...

Tiada hadiah mampu ku titipkan buatmu sekarang...
Mungkin akan menyusul di masa akan datang...
Namun,
Doaku sentiasa buatmu seorang guru pendidikku...
Moga Allah permudahkan segala urusan diiringi keberkatan.

Khas buatmu dariku
Anis,
21 April 2012
Kan selalu merindu...~
 

Friday, April 20, 2012

Bila asyik memandang BARAT

Salam semua, semoga sihat hendaknya
*ayat bajet ada orang baca blog dia =,=
Nak kongsi sikit pemandangan eh salah pandangan tentang apa yang saya dapat hari ni.

Pagi tadi kena marah sebab datang lewat untuk Program i-Think.
*bukan ni yang saya nak habaq...
Rupenyer program tu sebenaqnya nak cita pasal Thinking Maps.
Semuanya pasal THINKING lah...
Dipendekkan cerita, benda ni sebenaqnya diambil dari idea omputeh a.k.a mat saleh or barat.

THINKING MAPS ada 8 jenis semuanya. (see more)
1. Circle Map
2. Bubble Map
3. Double-Bubble Map
4. Flow Map
5. Multi - Flow Map
6. Brace Map
7. Tree Map
8. Bridge Map
Map-map ni semua leh bantu menarik perhatian pelajar untuk belajaq lebih mudah, seronok...
Kaedah yang cuba nak diterapkan pada semua che'gu...~
Yang peliknya, benda ni macam dah lama dah...sama ja MIND MAP...
*semua produk yang nak juai kit BELAJAR kat bebudak UPSR, PMR, SPM, STPM majoritinya galak student study guna MIND MAPPING...warna warni gitu...sebab leh tingkatkan daya ingatan.
Bila difikirkan semula, kalau takat ingat tapi tak amal, tak daq gunanya jugak..membebel pulak dah.. =="

Hairan, Pelik, Hairan, Pelik, Hairan
Nak tau kenapa? Kenapa bila Pak Leh (Mat Saleh) introduce idea baru, semua nak ikut.. dan dipandang tinggi. Macam lah dalam Islam tak daq semua tuh..means AlQuran dan AsSunnah.
*eh eh..apsal emo lak nim... ==" maaf tak sengaja...

Kalau kita memang kaji AlQuran, kita akan sedar yang banyak perkataan yang membawa maksud berfikir.
Tak kurang ada juga ayat yang dimulakan dengan persoalan yang juga menggalakkan kita berfikir...
Contoh Surah Al-Fil ayat 1 dan 2 yang bermaksud,
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? 

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? 

Itu cuma sebahagian sahaja... ada banyak lagi ayat yang sedemikian maksudnya iaitu ayat berbentuk persoalan.Cuma terpulang kepada kita sedar atau tidak akan hakikat itu.Saya ni bukanlah arif sangat cuma sekadar nak berkongsi sedikit ilmu yang ada.

Ini sekadar pendapat peribadi...
Kita terlampau menyanjung teori-teori Barat sedangkan di tangan kita ada satu mushaf yang penuh dengan teori yang selari dengan zaman sejak ia diturunkan lagi kita ketepikan. 

Pandang Barat dan menyanjung negara maju yang lain memang tak salah, tapi sampai bila?
Bakal Guru dilatih untuk menghadam teori-teori Barat sedangkan Islam ada teori yang lebih lengkap yang kita boleh aplikasi?
Murid-murid pula diajar dengan teori Barat dan sedikit sekali penghayatan Islam...
Sedihnya bila mengenangkan diri ini juga merupakan salah seorang daripada keluaran teori itu.
Bukan nak membangkang 100% Teori Barat, tapi kenalah selarikan dengan ajaran Islam demi masa depan kanak-kanak Muslim akan datang.
Adakah kita ingin terus membaratkan anak-anak sendiri daripada mengislamkan mereka?
Adakah kita ingin anak-anak terus dilabel sebagai Islam sekadar pada IC/MyKad sahaja?

Ya. Mungkin ada yang berpendapat saya cuma pandai taip sahaja.Namun, saya sedar tanggungjawab itu terletak pada pundak saya.Saya dalam usaha untuk mendalami lagi Islam ini kerana bagi saya dalam diri seorang yang Islam warisan itu MALAS MENGKAJI jika dibandingkan dengan seseorang yang MENCARI KEBENARAN mereka lebih suka membuat kajian.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ada insan sekeliling yang berjaya membangkitkan rasa ingin mengkaji dan suka membaca dalam diri ini meskipun tidak 100%. Almaklumlah, baru nak berjinak-jinak.ngee..~
Plus, mungkin mewarisi sikap arwah ayah yang buat jadi macam ni kot...suka membaca dan beli buku... =D

Ada banyak lagi yang perlu didalami sebelum diri melangkah kaki sebagai pendidik suatu hari nanti.
Moga dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan yang masih jauh ini.

Usah terlalu menyanjung barat kerana mereka tidak menyanjung Islam tapi mereka menindas Islam.

Sekian,terima kasih.
Salah silap, harap dimaafi dan diteguri.
Saya terima kritikan membina.

Thursday, April 19, 2012

Ampunan Bukan Dariku...

awak,
kemaafan untuk dosa antara kita 
bukan saya yang boleh bagi ampunan...  
awak mintaklah dariNya bukan dari saya okey... 
memang kena mintak dari tuan badan 
tapi 
kemaafan bukan ada pada saya 
kerana 
sumber
hati ini pun milik Dia. 
saya memang dapat maafkan awak, 
tapi 
saya akan ambik masa yang agak lama
 untuk 
melupakan 
sebab 
saya diberikan ingatan yang kuat bila saya disakiti. 

sumber
saya maafkan awak 
tapi 
saya nak awak mohon ampun dariNya jugak.

sumber
maafkan saya 
sebab 
saya bukan seperti yang awak sangkakan. 

by Anis,
19/04/12

Wednesday, April 18, 2012

Tutorial Create Contact Group (GMAIL)

Salam semua, hope sihat hendaknya...
Malam ni tangan rasa gatal nak update pasai,


"CARA NAK CREATE CONTACT GROUP: GMAIL USER"

Walaupun mungkin ada yang dah tahu, tapi saya masih nak bagitau sebab dalam 10 orang pasti ada 2, 3 orang tak tahu.
Ya, ini penting kalau kita nak send email bebanyak kat orang lain especially CLASSMATE, COURSEMATE, etc. Kalau tak create group payah gak, kang ada yang tercicir tak dapat maklumat.
*stop lah membebel. awak ni macam mak saya lah. haha. ==" membebel untuk kebaikan takpa kut...

Ini hobi baru saya sejak saya jadi S/U tetap dan berpencen untuk kelas saya.
*hobi baru yang tak berapa nak baru...membebel tu RUTIN.dah cukup.
Nak mulakan tutorial ni...harap sudi bacalah ye.

1st step:
Of course lah korang kena ada account GMAIL dulu.
Kalau takdaq, (klik ni) Fill in the form with your detail.

2nd step:
Bila dah ada account GMAIL, korang boleh la sign in

3rd step:
Pastikan ada CONTACT dalam GMAIL korang dulu. hehe...

4th step:










Pi klik kat Contacts...

5th step:








Klik dekat box kecik lagi comel sebelah nama contacts korang, then klik kotak yang ada banyak kepale tu.
Kalau baru nak create group, klik create new. Kalau dah ada, tinggal pilih je nak letak contacts tuh dalam group nama ape k.

6th step:









Nak tengok keberkesanan, klik semula kat Gmail.

7th step:
Compose new mail.

To: klasm8 (group)
tadaa...menjadi lah. lalala...~

Main Benifit benda ni memudahkan untuk hantar email secara PUKAL...awesome kan?
ke saya yang over? *rolling eyes*
Ok lah, gerak dulu.
Sekian, maaf kalau ada salah silap.




Saturday, April 14, 2012

Doaku Untukmu

Ya Allah, 

jika dia bukan untukku 
hentikanlah naluri hati ini daripada terus-terusan membisikkan kata rindu padanya... 
hentikanlah mulut manis ini daripada terus-terusan berbicara tentang dirinya... 
hentikanlah diri ini daripada terus-terusan mengingati dia sehingga lalai mengingatiMu... 
sedarkanlah hambaMu ini dari mimpi lagha ini. 

jika dia benar untukku 
biarlah kami bersatu kerana redhaMu 
biarlah hati bertaut kerana izinMu 
izinkan kami bercinta kerana cintaMu 
mudahkanlah pernikahan kami untuk ke meraih bahagia di jalanMu. 

amin...

ps: aku jatuh cinta, tapi kurang yakin adakah benar dia... moga Allah tunjukkan segalanya



Friday, April 13, 2012

Mahalnya Sakit

Salam semua, moga ceria hendaknya.
Moga hari ini datangkan 1001 pengalaman manis buat kita.
InsyaAllah...

Alhamdulillah, hari ini Allah pilih saya untuk tengok program Tanyalah Ustazah di TV9.
Sebelum ini hati tidak tertarik, tadi hati kata: "Menarik juga tajuknya."

Mahalnya Sakit.

Walaupun menonton agak lewat sedikit, terdapat beberapa input yang saya peroleh.

1. Sakit itu hadiah dari Allah, kerana sepanjang masa kita sakit itu diampunkan dosa.
2. Jangan hanya tahu mensyukuri nikmat Allah tapi tidak tahu bersabar apabila diberi sakit.
3. Syukur perlu disertakan dengan sabar
4. Ayat Allah itu penawar jangan bergantung pada bomoh atau pawang yang tidak guna ayat-ayat Al-Quran.

Bukan itu sahaja turut diceritakan bagaimana kisah Nabi Ayub yang sakit selama 17tahun tidak memohon doa untuk disembuhkan tetapi memohon diberikan kesabaran sepanjang sakitnya. 
Jika dibandingkan dengan saya, sakit sikit dah nangis...mempersoalkan kenapa saya sakit, tapi saya sedar mungkin sebab dosa masa lalu, akhirnya saya terima sahaja kesakitan yang diberikan jika itu boleh mengampunkan sedikit dosa lalu. 
Terima kasih Ya Allah kerana masih menyayangi hambaMu yang hina ini.

*Setakat ni sahaja saya mampu kongsi, ingatan saya kurang baik...tak lama pastu saya tertidur...huhu...
ni je dapat saya kongsi...moga bermanfaat...

Ingat!
"Yang bagi sakit itu Allah, Yang sembuhkan juga Allah."

Dapat nikmat kita SYUKUR,
Dapat sakit kita SABAR.

Sekian, mekasih sudi baca.
Moga bermanfaat.
Salah silap, maafkan saya.

Thursday, April 12, 2012

Gajet Pembaca Hati

Hello readers.
*ada ke readers? lantak ah... hehe
Moga semua tengah tersenyum sekarang.
Let me makes you smile today even I'm not there for you.
Ok, let's straight to the point.

Baca tajuk post macam best je kan...
"Gajet Pembaca Hati"
Macam nak buat iklan. Iklan gajet baru. Konon-kononnya.

Pelik kan, kalau lah betul-betul wujud kan seronok...
Tiba-tiba je idea pasal gajet ni muncul petang tadi.
Agak-agak kalau wujud, saya nak rupanya macam stetoskop.
*mengada-ngadalah kan...

sumber gambar

 Kalau ada, apa faedah yang ada untuk orang yang memilikinya?
ermmm... dapat baca hati orang tentang apa yang dia rasa tentang kita.
itu main function nya lah kan.
apa lagi selain itu?
well, setakat ini saya (selaku inventor.haha) baru terfikir function itu.
kalau ada yang sudi tambah idea tentang function nya dialu-alukan.
hemoh3x.

*perenggan atas-atas perenggan sebelum makan*
now sambungan,

Kalau ada pun gajet itu,
Adakah aku mampu membaca hati semua insan di sekelilingku?
Adakah aku mampu puaskan hati semua insan-insan yang ku sayangi?
Adakah peluang untuk aku menjadi diri sendiri tanpa memikirkan luahan hati yang didengari?

Nampak gayanya, macam tak bagus ja kalau gajet ni wujud.
1. Kita tak berpeluang untuk saling mengenali dengan lebih dalam bila dah dapat baca isi hati saat jumpa.
2. Bila saling tahu apa dalam hati, dah tak 'surprise' kot.
3. Boleh timbulkan konflik lah bila semua orang nak kehendak hatinya dipenuhi...
 dan banyak lagi lah...
*bila dah makan, idea pun entah ke mana*

Tapi kan, nak tahu tak,,,tanpa gajet ni pun kita leh baca hati orang tau.
*percaya ke tak?*
Sape kata perlu gajet kalau nak baca hati orang...tak perlu.
Cuma it takes time untuk kenal betul-betul dengan orang tu.
Namun, hasilnya tetap tak sama lah setiap orang.
Kita ni kan pelbagai.
 *melalut banyak dah ni*
 apa kata simpulkan sahaja.

Tanpa gajet, kita ada Allah.
Tanpa gajet, kita boleh berdoa.
Tanpa gajet, kita boleh memohon.
Dengan Allah kita boleh minta apa sahaja.
Jadi, untuk apa gajet-gajet yang belum tentu sahih atau salahnya kan?

To be honest,
I prefer a life without knowing how other's think about me
because
I prefer a life with knowing how other's try to know more about me
so that
WE CAN GET A CHANCE TO KNOW EACH OTHER WELL 

Lagipun, Allah memang ciptakan kita pelbagai untuk mengenali antara satu sama lain.
(^^,)v

Terima kasih sebab sudi baca.
Salah silap, maafkan saya.

     


Wednesday, April 11, 2012

BB1M

Jeng3x...
Arini saya shopping beli buku guna baucer...
percaya atau tidak...within an hour, i managed to spend all the voucher.
at only one bookstore. can't believe it? believe it. lol~

dari RM200 tu saya beli 6 buah buku dengan tambahan RM1.hee..
tajuk buku yang saya beli adalah seperti berikut:

1. Ensiklopedia Solat
2. 400 kesalah ketika solat (lebih kurang cenggitu lah bunyinya)
3. Perkahwinan dan perceraian undang2 Islam (cenggitu kot tajuknya)
4. Kamus Arab
5. Politik Khulafa' arRasyidin
6. Hubungan etnik

tapi kan...arini memang terlebih expenses...huhu...takleh bawak pi kedai buku selalu sangat.
abeh ar duet kalo selalu sangat...ni pulak buku yang dibeli kat kedai lain tanpa guna baucer buku.

7. 20 kesalahan dalam mendidik anak (mungkin la tajuknya macam ni)
8. Fatwa Adab
9. .... *macam mana lah boleh lupa... =="

tak lame kan saya belanja RM200...maafla bakal suami nanti dapat isteri gila buku cenggini.huhu

bagi saya,
BELI BUKU DAPAT ILMU
sebab tu saya tak takut beli buku banyak.

terima kasih kerana membaca.
(^_^)


Number One For Me

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me


Now I finally understand
That famous line
About the day I'd face in time
Coz now I have a child of mine


Even though I was so bad
I've learnt so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kids the way you do


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me


There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted


I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you


Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
number one for me

Tuesday, April 10, 2012

berhentilah.

saya tak mintak awak pergi.
awak yang pergi sendiri. 
saya tak mintak awak kembali. 
awak yang datang sendiri.
maafkan saya kerana saya bukan Anis yang awak pernah kenal
sebelum awak lukakan hati saya.
berhentilah pura-pura ambil berat pasal saya
kemudian buat-buat macam tak ada apa-apa antara kita.

berhentilah kerana aku dah lelah.
berhentilah kerana aku dah penat.
berhentilah kerana aku dah letih.
terima kasih.
Anis, 10/4/12 18:03

begini akhirnya...

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera semua.
Hope semua fine belake lah ari ni.
*ada ke yang baca blog ceq? mekaseh la sudi baca blog senteng cket ni.ngeh3x...

Suddenly ari ni rasa nak borak ngan blog...
Pasal...impian....
Semua orang ada impian kan...
Aku pun ada gak...
Tapi jalannya macam masih belum dibuka dan masih kabur...
Entahla. Aku selalu tertanya-tanya bila dapat sempurnakan impian itu.
Mungkin usaha belum mencukupi.
Atau
Memang bukan jalan untuk aku ke sana.

Aku dah mula rasa,
beginilah sepatutnya pengakhirannya
beginilah sepatutnya yang berlaku
iaitu
aku berhenti untuk menulis luahan hati kepada cerita...
aku berhenti untuk menjelmakan diri dalam cerita sendiri...
aku berhenti untuk menjiwai pelbagai watak yang ku cipta...
aku berhenti untuk mereka kebahagian yang tidak nyata...

Ya! Aku kena berhenti...
Berhenti kerana aku mulai lelah...
Berhenti kerana aku rasa letih...
Berhenti kerana aku sudah penat...

Tapi bukan untuk selamanya
Ini cuma sementara
Mungkin sehingga semangat datang semula
Mungkin bila ilham datang menjelma

Entahla...
Jangan tanya aku bila
Usah tanya aku kenapa
Doakan sahaja

Terima kasih kerana membaca.
Anis, 4/10/12
17:26

Monday, April 2, 2012

meniti ujian hidup

Salam semua...
Rindu kalian...

Diam tak diam, macam lama dah tak update story mori kat sini kan...
Macam adik aku selalu tanya. untuk apa buat blog ni?
dia buat muka gedik,
"wat happen to me today is...bla bla bla..."
Lucu bila teringat kat dia.hehe. 
walau banyak mana pun orang kritik pasal berblog ni tak best,
aku tetap nak ada blog and nak teruskan...
nak share apa saja...nak bagi orang baca bagi yang suka...
tak suka tak apa. =D

Dipendekkan cerita, 
sekarang ni kan...musim submit assignment untuk aku...
TENSE? tipu lah kalau tak tense...huhu
sampai2 aku emo, ilang sabar tapi pahtu aku lak yang nangis..
ape de hal kan...hmm...cobaann....~
apa2 pun dah boleh cool and kurang ckit kot stress nye...
*kalo tak, takkan lah buleh update blog..~
konon2 nya lah...

tadi tengok update blog yang aku folllow,,
ada cerita pasal,
lepas baca ni memang terasa abes ah...
aku ni nak kata tak penyabar, bolehla...
cuma, aku suka himpitkan pale yang kecik ni dengan infinity poblem.
cian pale aku.huhu.cian3x..
lepas baca artikel tu, aku akan cube tak nak fikirkan sangat poblem yang ada.
insyaAllah.
bak kata Guru Besar SK Laksamana Kuching,
"Saya tak anggap itu sebagai masalah, itu cabaran."
aku akan cuba amalkan apa yang aku baca.
sekian saja deh perkongsian kali ini.
nak sambung buat koje...moga bermanfaat hendaknye.

Sayang semua,,,
Kasih kalian...

*minggu ni minggu special buat aku sebab dapat baucer buku...
aku tak kesah sangat kalau tak dapat baucer buku tu dulu 
sebab budak IPG memang dah diperuntukkan elaun buku sebanyak RM800.
bila dah dapat kan,,,Alhamdulillah...even actually, banyak dah aku spend beli buku ja tahun ni.
tak rasa rugi...rasa nak beli nak beli dan nak beli lagi ada...
ilmu kan.. takkan luak pun...
tapi beli beli jugak,,,jangan lupa baca dan rujuk.
(^_^)v




 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template