"Selamat malam abang. Esok pagi kejutkan ayang, nak bangun qiyam sama-sama." Pesan isteri beria-ia.
"Tak naklah kejutkan... Ayang kena bangun sendiri." Jawab si suami bersahaja.
"Yelah..." jawab si isteri perlahan lagaknya seperti merajuk.
Paginya, si isteri bangun awal dari suaminya...
"Abang,,, bangun bang, kita qiyam sama-sama." Dengan perlahan menepuk-nepuk bahu suaminya.
"Awalnye isteri abang ni bangun... tahniah sayang. Ni yang tambah sayang ni. Hehe." Puji si suami sambil memberi senyuman.
"Dah orang tak nak kejutkan kita, kita bangun sendiri lah..." Si isteri masih mengingat peristiwa sebelum tidur semalam.
"Alala... merajuk lagi rupanya isteri abang ni... abang bergurau je semalam, saja nak uji ayang. Dahla sayang, tak baik tarik muka kat suami... Abang sayang ayang sangat-sangat. Jom lah siap-siap, kita solat sama-sama." Dengan perlahan, dahi isteri dikucup oleh suami dengan harapan si isteri berlembut hati memaafkannya.
Selesai solat bersama, mereka membaca kalam Allah.
Sungguh indah jika rumahtangga yang dibina atas jalan Allah.
"Abang,,, rumah kita sunyi kan...?" Tiba-tiba si isteri bersuara selepas mengaji.
"Ye ke? Takde lah..." Jawab si suami seperti endah tak endah namun mengerti perasaan isterinya.
"Abang ni kan... Ayang rasa sunyi lah... Bila agaknya kita dapat..."
Belum pun sempat si isteri menghabiskan kata-katanya, suaminya sudah pantas meletakkan telunjuknya pada bibir isterinya.
"Sayang... soal anak, kita serah pada Allah ya. Kalau ada rezeki, insyaAllah tak lama lagi adalah ahli baru. Abang tahu sayang sunyi, tapi kan ada abang? Kita dah usaha, sekarang kita tawakal, banyakkan berdoa." Perlahan sahaja suami menasihat isterinya.
"Yalah bang, ayang tahu... tapi,,,"
"Bila masanya, kita tunggu sama-sama k. Sabar...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kita belum bersedia untuk ada ahli baru sebab tu Allah lambatkan sedikit pemberian anak kita. Sayang sabar ya." Pantas si suami memeluk isterinya untuk menenangkan isterinya tatkala si suami melihat kelopak mata isterinya mula terkatup mengalirkan airmata.
"Abang, maafkan ayang."
"Sayang tak bersalah pun dalam hal ini. Kita kan dah jalani pemeriksaan, tiada siapa yang mandul antara kita. Bersabarlah..."
"Baiklah abang, terima kasih sebab masih setia bersama ayang hingga ke hari ini."
Suami penyabar isteri solehah...
"Terima kasih abang, hantar ayang pergi tempat kerja." Ucap si isteri lantas bersalam dengan suaminya.
"Sama-sama sayang. Dah tanggungjawab abang. Jaga diri ya sayang." Seperti biasa, ciuman singgah di dahi isterinya.
"InsyaAllah sayang. Abang juga."
"Nanti kita lunch sama-sama. Abang ambil sayang jam 12 tengahari. Assalamualaikum sayangku..."
"Waalaikumsalam sayangku..." Si isteri mengangguk lalu memerhatikan kereta suaminya hingga hilang dari pandangan mata barulah dia masuk ke pejabat.
Wanita... hiasan dunia... seindah hiasan adalah wanita solehah...
"Assalamualaikum abang..." Lembut sahaja tutur bicara si isteri buat suaminya.
"Waalaikumsalam ayang... abang akan sampai dalam masa 5 minit. Sayang tunggu ya."
"Okey abang, ayang memang dah tunggu dah dari tadi sebelum abang call ayang..."
"Maaf ye sayang, buat sayang tunggu lama... sekejap je lagi abang sampai. Nanti kita sambung borak ye."
"Okey bang, hati-hati memandu. Asslamualaikum sayang."
"Waalaikumsalam sayangku."
Setibanya si suami di pejabat isteri, isteri melangkah menuju kereta suaminya.
"Assalamualaikum sayang..." Isteri memberikan salam sejurus memasuki kereta beserta senyuman lalu menyalami suami.
"Waalaikumsalam sayang. Sayang nak pergi makan kat mana hari ni?" Soal si suami sambil matanya tertumpu pada jalan raya yang sibuk.
"Ikut abanglah nak bawak ayang ke mana..."
"Okey, kita pergi makan kat Restoran Masakan Melayu. Dekat je dari sini. Setuju?" Soal si suami.
"Setuju sayangku. Anything for you." Si isteri menjawab dengan riang.
"Alhamdulillah..." Ucap suami setelah selesai makan tengahari.
"Sayang, nape makan sikit je ni? Sayang tak sihat ke..?" Soal suami bertubi-tubi apabila melihat isterinya kelihatan pucat lesi secara tiba-tiba.
"Ayang okey bang... jangan risau..." Si isteri cuba menahan diri daripada muntah.
"Abang risau... Jom kita ke klinik." Dengan pantas suami memimpin tangan isterinya untuk di bawa ke klinik berdekatan. Mujurlah klinik terletak di seberang jalan Restoran Masakan Melayu.
"Doktor, kenapa dengan isteri saya?" Soal si suami setelah isterinya diperiksa.
"Dalam perjalanan ke sini tadi dia muntah-muntah." Tambahnya lagi. Doktor hanya tersenyum.
"Isteri encik mengandung. Baru sebulan."
"Alhamdulillah...Syukur pada Allah." Si suami memanjatkan kesyukuran. Patutlah sejak kebelakangan ini isterinya mudah tersentuh bila diajak bergurau. Makan pun benda-benda masam sahaja. Di tambah, isterinya lewat datang haid.
"Sayang, kita akan dapat anak..." Isterinya yang juga tidak menyedari kandungan tersebut rasa sangat gembira dan bersyukur. Sebelum ini dia tidak berasa mual cuma dia sedar yang kitaran haidnya agak lambat kali ini.
Hari pun berlalu,,, tiap-tiap malam situasi yang sama berlaku saat si isteri meminta bantuan suaminya untuk dikejutkan qiyam di sepertiga malam, suaminya masih tidak mahu mengejutkannya dan akhirnya setiap pagi si isteri terjaga sendiri lalu mengejutkan suaminya.
"Terima kasih sayang, kejutkan abang tiap-tiap pagi. Sayang isteri abang yang satu ni." Sepantas itu juga ciuman singgah di pipi si isteri pada pagi hujung minggu itu.
"Sama-sama abang... ayang kan isteri solehah..." Sambil mengenyitkan mata ke arah suami tercinta.
"Alhamdulillah... abang bangga ada isteri solehah ni. Harap anak kita ni nanti ikut sikap mak nya. Amin.."
"InsyaAllah bang...tak lama lagi ayang nak melahirkan. Rasa macam sekejap je masa berlalu kan bang?"
"Masa memang kalau kita tak tunggu, memang cepat berlalu. Cuba kalau kita asyik tunggu, tunggu dan tunggu sambil tengok jam, memang rasa lambat sangat. Tak sabar lah tu nak tengok baby keluar dari perut tu." Kata suami sambil memuncungkan sedikit mulutnya menunjukkan ke arah perut isterinya.
"Mestilah bang,,, mana taknya, dah dekat nak 9 bulan bawak satu lagi nyawa dalam perut. Tak sabar rasanya nak belai bayi tu lepas dia keluar dari perut ni."
"Yelah sayang... abang faham... sebab tu lah abang sayang ayang sangat-sangat sebab tolong bawak anak-anak abang dalam perut ayang sebelum mereka lahir. Terima kasih sayangku." Pantas tangan isteri dikucup mesra dan dibelai.
"Sama-sama sayangku..."
"Sayang nak makan apa-apa tak? Abang tolong ambilkan..."
"Tak payahla bang... tengok muka abang pun dah kenyang."
"Yeke? Wah...hadirnya abang dalam hidup ayang macam makanan lah ye?"
"Bukan macam tu lah sayang.... abang segalanya dalam hidup ayang. Syukur sangat abang hadir dalam hidup ayang."
"Abang tahu..." Kata suami sambil mengenyit matanya pada isteri.
"Dah tahu kenapa tanya ...?" Tanya si isteri kehairanan.
"Abang saja je nak confirmation dari isteri abang.."
"Sengaja lah kan... suke tau buat ayang macam ni."
"Yelah... saje nak bergurau. Nanti kalau abang dah tak ada, ayang rindulah gurauan abang. Jangan tercari-cari pulak..."
"Abang ni... napa cakap macam tu...? Nak tinggalkan ayang ke?"
"Takdelah sayang... abang nak ingatkan ayang je... semua yang ada sekarang ni bukan milik kita. Semua milik Allah. Ayang milik Allah, abang milik Allah. Bila-bila masa ja...."
"Ayang tahu tu bang... cukup bang... ayang tak sanggup nak dengar..." Lantas jari isteri diletakkan pada bibir suaminya.
"Sayang... abang nak pesan... nanti kalau abang dah tak ada, tolong jaga anak-anak kita. Didik mereka jadi anak yang soleh atau solehah."
"InsyaAllah bang..." Si isteri mulai mengalirkan airmata.
"Sayang, napa nangis ni?"
"Ayang rasa sakit lah bang... sakit sangat."
"Jom abang bawak pergi hospital." Si suami pantas mengendong isterinya ke arah kereta.
Di hospital...
"Doktor, macam mana isteri saya...?"
"Isteri encik selamat melahirkan kembar"
"Alhamdulillah Ya Allah.... Terima kasih doktor. Boleh saya jumpa isteri saya?"
"Boleh, silakan."
"Terima kasih sekali lagi doktor."
"Dah tugas saya. Berterima kasihlah padaNya yang memudahkan segala urusan di bilik bersalin tadi." Doktor pun berlalu.
"Assalamualaikum sayang abang..."
"Waalaikumsalam sayang ayang..."
"Abang azankan anak-anak kita dulu ye sayang..."
"Baiklah bang..."
Selesai mengazankan anak-anak, si suami pun kembali pada isterinya.
"Comel kan anak-anak kita..."
"Yelah..tengoklah mak nye..."
"Mana ada ikut mak je... kan seorang lelaki, seorang lagi perempuan."
"Ayang saja je bergurau...Abang nak bagi nama apa untuk anak kita ni bang?"
"Abang baru nak tanya sayang tadi...apa kata kita namakan Adam dan Hawa."
"Okey jugak tu bang...ayang ikut abang je. Baik untuk abang, baiklah untuk ayang selagi tak langgar syariat."
"Sayang... kalau ditakdirkan suatu hari nanti abang pergi dulu, ingat pesan abang masa ayang masih mengandungkan mereka dulu ya sayang..." Luah suami secara tiba-tiba.
"Abang... ayang ingat... janganlah buat ayang rasa pilu... abang takkan tinggalkan ayang dulu." Sayu suara si isteri.
"Yelah... abang takkan tinggalkan selagi nyawa ini tidak ditanggalkan."
"Abang..." Rayu si isteri sambil mengisyaratkan jari ke bibirnya meminta suaminya berhenti bercakap sedemikian.
"Adam, Hawa... ayah kamu dah tak ada. Jadi anak ibu yang soleh dan solehah ya. Banggakan ayah di sana. Banyakkan berdoa buat ayah." Luah seorang ibu pada anak-anaknya yang baru berusia 10 tahun.
Kedua-dua anaknya sekadar mengangguk seolah mengerti permintaan ibu mereka.
"Ibu, awal pagi nanti kita buat qiyam tak?" Soal Adam.
"Buat sayang... kan itu pesan arwah ayah pada ibu. Kenapa sayang tanya?" Lembut sahaja si ibu menjawab.
"Saja tanya... Nak mintak tolong ibu kejutkan Adam pagi esok, boleh?" Dengan nada yang manja, si anak bertanya.
"Tak boleh, ibu tak nak kejutkan. Adam kena biasakan bangun sendiri ye sayang. Hawa juga." Ibu memberi penerangan buat kedua anaknya mengharapkan pengertian anaknya.
"Baiklah ibu. Kami faham. Itu kan pesan arwah ayah pada ibu untuk kami." Anak-anak sudah dimaklumkan duduk perkara sebenar.
"Ibu, Adam dan Hawa nak pergi bilik masing-masing dulu. Nak tidur. Takut esok tak terbangun pulak. Sayang Ibu." Serentak itu Adam dan Hawa menyalami ibu mereka dan mengucapkan salam dan meminta izin keluar dari bilik ibu mereka.
"Alhamdulillah abang, ayang dah didik anak kita dengan didikan seperti yang abang inginkan...Terima kasih atas nasihat yang pernah abang berikan. Itulah yang menjadikan ayang kuat sehingga ke hari ini. Moga abang aman di sana. Ayang harap kita berjumpa lagi. Tolong kejutkan ayang." Bisik seorang isteri berbicara seorang diri kala malam mulai menginjak pagi.
"Assalamualaikum isteriku tersayang, ibu mithali buat zuriatku.
Abang sayang ayang walau apa pun yang terjadi.
Saat ayang baca surat ini, mungkin abang sudah tidak lagi di sisi ayang. Abang mintak maaf sebab tak dapat nak jaga ayang sehingga akhir hayat ayang. Ajal maut dia tak pilih sesiapa. Ayang tahu kan kenyataan itu.
Abang mintak maaf andai selama abang bergelar suami pada ayang, abang pernah lalai dalam melunaskan tanggungjawab. Halalkan segala tingkah, tutur dan diam abang terhadap apa jua yang berlaku dalam rumahtangga kita.
Abang mohon maaf. Abang cuma insan biasa tapi menjadi luar biasa dengan adanya ayang di sisi abang dan dengan kehendak yang Maha Esa. Abang memang sengaja merahsiakan sakit yang abang tanggung sekian lama ini dari ayang. Abang tak nak ayang bermuram durja dan risau dengan kesakitan yang abang tanggung.
Maafkan abang sayang, abang tak ada niat nak membelakangkan ayang dalam hal ini. Abang cuma nak tengok isteri abang gembira di saat-saat akhir abang di dunia ini. Abang kena tunjuk abang kuat supaya isteri abang akan kuat juga walaupun tanpa abang di sisi.
Abang nak ayang tahu, abang bukan sengaja tak nak kejutkan ayang sepertiga malam untuk qiyam. Abang nak uji isteri abang. Abang nak uji, dia mampu tak untuk bangun beribadah walaupun abang tidak kejutkan kerana suatu hari kelak, abang bakal pergi meninggalkan dia keseorangan. Ternyata isteri abang mampu. Abang memang sudah bangun sebelum ayang kejutkan abang lagi sebab ayang buat abang bersemangat untuk beribadah kepadaNya demi cinta kita. Cuma abang pura-pura tidur bila tengok ayang bangun. Maafkan abang ya sayang, abang suka tengok muka insan yang abang sayang waktu dia tengah tidur, sebab itu juga abang tak nak kejutkan sayang.
Sayang,
abang harap ayang akan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa abang di sisi. Walaupun abang sudah tiada, zuriat abang tetap ada untuk menemani ayang saat suka dan duka. Didiklah mereka untuk jadi anak yang soleh dan solehah supaya dapat mendoakan ayahnya di alam barzakh kelak. Ayang tahu kan, apabila matinya anak Adam, terputus segalanya kecuali tiga; salah satunya doa daripada anak yang soleh.
Buat ayang,
walau di mana sekalipun ayang berada, ingatlah
Allah sentiasa memerhatikan apa jua yang ayang lakukan.
Allah juga sentiasa mendengar apa yang ayang panjatkan.
Allah takkan bagi ujian melainkan ayang mampu melaksanakan.
Allah selalu ada untuk hambaNya yang selalu punya masa beribadah kepadaNya.
Jaga diri, jaga iman, jaga kesihatan, jaga anak kita ya sayang.
ps; abang curi-curi tulis surat ni masa ayang tengah nyenyak tidur dengan zuriat kita masih dalam kandungan lagi. ayang nampak comel sangat. sayang ayang. walau ayang bukan yang pertama, tapi ayang lah yang terakhir.
353965 (abg cinta ayg selamanya kerana Allah)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment