Kenapa awak buat saya macam ni..?
Assalamualaikum w.b.t
Kehadapan awak yang selalu saya sayangi walaupun jauh di mata tapi awak lah yang selalu di hati saya ni.Saya harap awak sihat selalu tak kiralah awak kat mana dengan sapa buat apa, apa-apa je la. Saya kat sini awak tak perlu lah risau, saya makin sihat sebab mak saya jaga saya dengan baik sekali.Kalau asyik fikir awak, memang saya tak kan makan. Tapi, sebagai anak, saya perlu dengar kata mak saya. Biar macam mana kenyang pun saya, saya tetap makan apa yang mak saya masak walaupun ia cuma telur goreng.Sebab saya tahu, mak saya takkan tinggalkan saya walaupun berapa banyak dah saya sakiti hatinya sepanjang umur saya.Tapi, saya sedar, mak pun akan pergi tinggalkan saya tapi bukan sebab dia benci saya. Sebab, Allah lebih sayangkan dia.Tapi awak dah tinggalkan saya sebelum Allah panggil awak menghadapNya. Saya tahu saya salah sebab saya yang meminta perpisahan itu dan hubungan kita setakat kawan sahaja, tapi tak bermakna awak terus menyepi tanpa sebarang khabar. Saya sedih awak tak reply pun messages yang saya sent kat awak. Tapi, tak pe lah...mungkin awak bz. Saya akan tetap tunggu awak. Itu janji saya. InsyaAllah kalau keadaan mengizinkan. Saya nak awak tahu, sekarang ni orang yang paling saya benci selalu ada di sisi saya dan saya nak awak tahu dari benci saya dah anggap dia kawan saya. Saya takut saya lupakan awak gara-gara dia. Saya tak nak. Awak, saya harap sangat-sangat awak reply messages yang saya sent tu. At least satu dari 10 pun dah kira syukur. Saya nak tahu awak sihat ke tak...ok ke...i really need to know...please let me know...tapi, kalau awak tak sudi saya faham. Awak terlalu terluka dan sayalah puncanya. Apa-apa pun, saya nak awak tahu saya tunggu awak sampai kapan pun. Saya sertakan lagu ni untuk awak hayati liriknya. Andai saya sudah tiada di dunia ini, saya harap awak sudi lah nak ziarah kubur saya dan sedekahkan alFatihah buat saya di alam barzakh nanti. Saya tunggu awak...saya harap masih ada lagi pertemuan dengan awak sebelum saya hembuskan nafas terakhir. Lagi satu, tolong tengok-tengokkan family saya jugak nanti. Kalau saya dah tak da lagi la. Saya tak nak mak saya sedih-sedih masa saya dah pergi menghadapNya nanti. Saya tak tahu nak mintak tolong sapa lagi. Saya rasa awak mampu tunaikan permintaan saya ni.Akhir sekali, saya tak nak awak sakit kena sihat dan happy selalu untuk saya. Saya sayang awak sangat-sangat. Macam yang saya bagitau tadi, saya nak awak hayati lirik lagu ni. Harap awak sudi lah nak baca.
Semakin ku menyayangimu
Semakin kau menyakitiku
Semakin ku mencintaimu
Semakin kau menghancurkanku
Entah sampai kapan
Kau akan menyadarinya
Bahwa hanya diriku
Yang pantas ‘tuk memiliki dirimu
Yang rela korbankan semuanya untukmu
Sampai kapanpun kau ‘kan ku cintai
Walau kau tak pernah membalas cintaku padamu
Walau apapun kau ‘kan ku sayangi
Setulus hatiku seumur hidupku ku mencintaimu
Takkan pernah bisa
Ku melupakanmu walau sekejap saja
Takkan pernah mampu
Menggantikanmu dalam seluruh hidupku
Sampai kapanpun kau ‘kan ku cintai
Walau kau tak pernah membalas cintaku padamu
Walau apapun kau ‘kan ku sayangi
Setulus hatiku seumur hidupku
Sampai kapanpun kau ‘kan ku cintai
Walau kau tak pernah membalas cintaku padamu
Walau apapun kau ‘kan ku sayangi
Setulus hatiku seumur hidupku
Setulus hatiku seumur hidupku ku mencintaimu
Awak...semoga awak bahagia walau dengan siapa pun bersama awak sekarang. Saya selalu doakan kebahagiaan awak. Andai tiada jodoh kita, saya redha. Andai jodoh buat kita, saya akan bahagiakan awak hingga ke nafas saya yang terakhir dan saya takkan buat awak menyesal memilih saya sebagai pendamping awak. InsyaAllah.
Yang selalu menunggumu,
Siti
Friday, January 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment