Friday, January 14, 2011

Friday, November 26, 2010 at 5:09pm

Saya rasa saya dah mula sukakan awak...Saya rasa saya dah mula sukakan awak sebab...
bila saya bangun pagi...mesti saya teringat kat awak,rasa nak message awak tapi saya takut ganggu awak,manalah tau awak tengah busy.
Jadi saya tunggu je message dari awak.Dalam menunggu saya sentiasa doakan awak bahagia selalu,tak kira di mana awak berada,saya nak awak jalani hari-hari awak dengan senyuman tanpa sebarang kerisauan sebab saya tak nak awak rasa sedih.
Kalau awak sedih saya dapat rasakan kesedihan tu walaupun saya berada jauh dari awak.
Bila saya dapat khabar dari awak saya rasa lega kerana segala kerisauan saya dah berlalu.

Cukupla sekadar awak taip: "Saya sihat.Donwori."

Sebaris ayat tu je boleh buat saya tersenyum dan di hati saya panjatkan kesyukuran.
Saya tak nak bagitau awak saya sayang kat awak sebab....tak penting pun nak bagitau.
Bukan pe...saya tak nak awak hilang focus masa tengah study.Saya nak awak berjaya
capai cita-cita awak dulu.Tapi, saya tetap takkan bagitau awak saya sayang awak walaupun awak dah dapat kerja baik punya sebab saya tak nak kerjaya awak terganggu.

Mesti korang hairan apa sebab saya tak nak bagitau dia yang saya sayangkan dia...

Saya tak nak bagitau dia sebab...

1. Kalau saya bagitau saya sayang dia belum tentu dia dapat sayangkan saya balik seperti mana saya sayangkan dia.

2. Saya tahu yang sayang saja tak cukup dalam sesuatu perhubungan.

3. Saya takut saya dah tak boleh sayangkan orang yang lebih menyayangi saya lepas saya terima sayang dia.(parents, adik beradik,family,kawan-kawan)

4. Saya takut saya akan dilukai,melukai dan terluka,kecewa,dikecewakan dan mengecewakan,kecundang,dikecundang dan terkecundang.(macam2 lah rasa lepas sayang tak diterima)

5. ape lagi ek...?hm....rasanya tak tau nak taip apa agi..cukup la kot takat tu je sebab...Saya masih tetap dengan pendirian saya...saya takkan bagitau awak yang saya sayangkan awak.

Biarlah masa dan takdir menentukan.Andai ada jodoh kita,saya akan bagitau betapa saya sayangkan awak... =)

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template