1.Tidak mengambil sarapan pagi. 
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu  sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan  paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi  pada otak.Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari  tersebut. 
2.Terlebih makan.
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin  baik.Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut  dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang  sampai kepada otak.Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya  fokus. 
3.Merokok.
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak. 
4.Mengambil Gula Berlebihan.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan  nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat. 
5.Menghidu Udara Yang Tercemar.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu  udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.Berkawan dengan  perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya  kepada otak. 
6.Tidur Yang Berlebihan.
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan  menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang. 
7.Tidur Dengan Menutup Muka.
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan  buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida  terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan  otak kekurangan oksigen. 
8.Kurang Berimaginasi.
Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun. 
9.Jarang Berfikir.
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.  Maka,selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan  keupayaan otak kita. 
10.Tidak Membaca Al-Quran.
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi  banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan  mengelakkannya daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak  kita menjadi dungu dan dangkal. 
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment