Friday, March 18, 2011

Thanks to owner blog Hati Seorang Zakry Haikal

petang ni aku secara rajinnya melawat blog2 yg aku follow...then cari lh story yg best n boleh djadikan pengajaran...finally i found it....

tittlenya Mulianya Anak Babi...
mesti terkejut dan hairan knapa aku pilih cerita ni sbg pngjaran...
bacalah dulu ceritanya ya seblm komen...aku dh mtk kbnran dr tuan pnya blog tu nk ambk cta nie...aku edit mana yg patut ja..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang gadis liar ditegur oleh seorang pak cik,
“Nak, pak cik nak tanya sikit, boleh?”.
“Ada apa pakcik?”.
“Kenapa anak sanggup buat semua gejala tak senonoh ni?”.
Dengan muka bengang, gadis itu menjawab,
“Ni semua salah mak dan ayah saya la! Tak pandai membesarkan anak-anak! Entah apa-apa diorang ajar.”.
Lantas pak cik tu berkata,
“Tak baik kata macam tu... Sedangkan ANAK BABI TAK PERNAH MARAH MAK DAN AYAH DIA SEBAB DIA DILAHIRKAN SEBAGAI BABI… Mulianya anak babi... Inikan pula kita sebagai manusia...”.

Pengajarannya, janganlah kita salahkan ibu bapa kita atas perbuatan buruk kita... Tak kisah apa pun salah didikan ibu bapa kita, mereka tetap ibu yang melahirkan kita dan bapa yang menjaga kita sejak kecil. Anggaplah kesilapan mereka sebagai kekhilafan makhluk bernama insan... Bersyukurlah kita punya mereka. Apa kiranya kan terjadi sekiranya ibu memilih untuk tidak melahirkan kita dan bapa suka hati tak nak menjaga kita sewaktu kecil dulu? Apa gamaknya nasib kita jika waktu kecil dulu, ibu bapa kita memilih untuk membunuh kita? Hidupnya kita kini membuktikan bahawa ibu bapa kita sayangkan kita... Tapi, siapa kita untuk menyalahkan mereka atas apa yang telah kita buat kini? Layakkah kita untuk mengatakan bahawa kasih sayang ibu bapa kita yang merosakkan kita?

Sesetengah anak-anak hari ini mengatakan ibu bapa mereka sudah tidak sayangkan mereka, hanya kerana ibu bapa mereka marahkan mereka... Ramai yang merajuk dengan ibu bapa mereka hanya kerana ibu bapa mereka menampar atau memukul mereka... Setiapkan kali ibu bapa marahkan mereka atau pukul mereka, mereka menyimpan dendam... Betapa mereka berkira dengan ibu bapa mereka... Pernah tak mereka tanya, berapa kali ibu bapa marahkan doktor dan jururawat kerana tidak menjaga anak-anak dengan betul? Berapa kali ibu bapa merajuk dengan kawan-kawan hanya kerana mengatakan anak-anak mereka tidak comel? Berapa banyak serangga ibu bapa bunuh semata-mata untuk melindungi anak-anak mereka? Pernah tak anak-anak hari ini kira berapa kali ibu bapa mereka memeluk mereka sejak kecil?
Kadang-kadang, kita menganggap ibu bapa kita tidak pedulikan kita kerana mereka mereka terlalu sibuk dengan urusan mereka... Tapi, tahukah kita saat ibu bapa kita buka beg kita di kala kita tidur untuk memeriksa kerja rumah kita? Dah berapa ringgit duit belanja yang ibu bapa kita selitkan dalam beg kita? Pernah kita terlintas ketika ibu bapa kita ke sekolah bertemu guru-guru memastikan prestasi akademik kita? Namun, kita masih menganggap ibu bapa kita terlalu sibuk dengan urusan mereka dan tidak pedulikan kita?

Pernah dengar satu cerita dahulu kala tentang seorang lelaki soleh yang baik pekertinya? Suatu hari, seorang tetamu bertandang ke rumahnya. Lelaki tersebut meminta tetamunya itu duduk sementara dia menyelesaikan sedikit urusan. Sejurus tetamunya duduk, lelaki tersebut masuk ke bilik dan membawa keluar seekor babi betina dan memandikannya. Selepas itu, dia masuk kembali ke dalam bilik dan membawa keluar seekor babi jantan dan memandikannya. Setelah selesai urusannya itu, dia keluar untuk melayani tetamunya. Tetamu tersebut bertanya penuh kehairanan mengapa lelaki itu berbuat demikian sedangkan lelaki itu adalah seorang muslim... Lantas lelaki itu menjawab, “Mereka adalah ibu bapa saya... Atas kesalahan lalu mereka, mereka berdua telah disumpah menjadi babi”. Ini adalah kisah benar... (Ini bukan cobaan... Ini betul-betul...) Lihatlah betapa murninya hati seorang anak walaupun ibu bapanya termasuk dalam golongan terkutuk...

Hakikatnya, tidak salah kita jadi anak yang paling baik dan insan terbaik sungguhpun ibu bapa kita mungkin bukan golongan yang baik-baik. Ingat, JADILAH BAYANG YANG PALING LURUS agar dianggap datangnya dari batang yang lurus... Setiap perbuatan buruk kita, salahkan diri kita sendiri bukan ibu bapa kita... Setiap perbuatan baik kita, puji ibu bapa kita bukan diri sendiri... Setiap perbuatan buruk kita, asbabkan kita tak mendengar kata ibu bapa kita... Setiap perbuatan baik kita, katakan berkat didikan ibu bapa kita...
Semoga kita semua bersyukur dengan siapa pun ibu bapa kita... Janganlah kita hilang kemuliaan berbanding anak babi dengan menyalahkan ibu bapa kita kerana siapa kita hari ini...

ps: Wajarkah Sazali memarahi bapaknya, “Ini semua salah bapak! Bapak membesarkan Sazali secara membabi buta!” ekoran perbuatan tak senonohnya?

Saya bangga ada Abi dan Umi yang mengajar saya nilai-nilai murni yang dapat saya praktikkan dalam hidup saya... Maafkan saya kerana tidak mendengar nasihat Abi dan Umi dan banyak berperangai buruk dalam hidup...
(Maafkan saya sekiranya anda rasa tidak selesa membaca artikel ini.)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
begitulah kisahnya...setelah membaca ksah nie...berfkir sjenak...kalau smua nk slhkn mak bpk... mak bapak nk slhkn sapa pulak?iskk2...xpatot...sbg cth: ank merokok sdgkn mak bpk xmerokok, takkan tu pn slh mak bpk kn? smuanya bermula dr diri...jgn nk mnylhkn org lain...

ingat,,,yg baik tu dtgnya dr Allah. cthnya mak bapak kta...xda yg buruknya mereka...marahnya mereka trhdp kta krn SAYANG nya mereka pd kta...

0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template