Seorang guru akan bersemangat untuk pergi mengajar
Seorang guru akan teruja untuk mengajar pelajarnya
Seorang guru akan gembira bila dapat menyampaikan ilmunya
Seorang guru akan tersenyum tika pelajar memahami ajarannya
Seorang guru akan mencari kesalahannya apabila pelajar tidak faham
Seorang guru akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahannya demi pelajar
Seorang guru akan tekun menuntut ilmu untuk pelajarnya
Seorang guru rajin mentelaah agar mampu menyampaikan ilmu dengan baik
Seorang guru tak akan membiarkan pelajar menanti kecuali ada halangan
Seorang guru tak akan memarahi anak didiknya yang lemah dalam pelajaran
Seorang guru tak akan membiarkan anak didiknya yang nakal terus dengan kenakalannya
Seorang guru tak akan membiarkan anak didiknya yang bodoh terus dengan kebodohannya
Seorang guru akan membimbing pelajarnya
Seorang guru akan mendidik pelajarnya
Seorang guru akan membentuk pelajarnya
Seorang guru akan mentarbiah pelajarnya
Jadilah guru yang diingat kerana jasa dan budi
Bukan guru yang dikenang kerana marah dan benci
-----mynameis anis-----
Tuesday, March 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment