Awak SAYANG Saya
Awak CINTA Saya
Saya RINDU Awak
Awak RINDU Saya
Walau kita saling sayang, cinta dan rindu
ALLAH tetap PENENTU
Awak,
Andai ini takdir kita, saya harap awak mampu jalaninya.
Awak,
Andai ini jalan kita, saya harap awak mampu tempuhinya.
Awak,
Andai ini dugaan kita, saya harap awak mampu hadapinya.
Sebab,
Kalau awak lemah, siapa yang akan bimbing saya nanti?
Kalau awak longlai, siapa yang akan sambut saya nanti?
Kalau awak layu, siapa yang akan papah saya nanti?
Awak,
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering diganggu.
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering dilanda kekusutan.
Maafkan saya, sebab sayalah awak sering dilanda resah dan gelisah.
Maafkan saya.
Awak,
Saya harap awak kuat.
Saya harap awak tabah.
Saya harap awak yakin.
Kuatlah di kala dia cuba untuk menggoyahkan rasa.
Tabahlah di kala dia cuba untuk memisahkan kita.
Yakinlah di kala dia cuba untuk meracuni minda.
Ini kerana,
DIA ada bersama kita selagi mana kita mengingatiNya.
DIA ada bersama kita selagi mana kita tidak melupakanNya.
Awak,
Percayalah, hari itu pasti akan tiba.
Percayalah, kata itu akan dilafazkan.
Percayalah, ia pasti akan tiba.
Lambat atau cepat, DIA penentu.
Akan tetapi semuanya atas usaha KITA.
Tak perlu gopoh tak perlu berlumba-lumba.
Persiapkan diri kita untuk hari itu nanti.
Hati kita akan selalu terikat, andai ikatan itu disertai DIA.
Hati kita akan selalu setia, andai kesetiaan itu disertai REDHA.
Hati kita akan selalu bersama, andai kebersamaan itu disertai BERKAH.
Awak,
Dalam kita berharap akan bahagia, saya harap kita tidak terlalu leka.
Saya bukan hendak mendoa, jauh sekali ingin meminta perpisahan.
Andai ditakdirkan tiada jodoh kita, saya harap awak takkan bermuram durja.
Jalanilah hidup seperti sediakalanya kerana saya bukan DIA yang tanpanya saya awak masih hambaNya.
Namun, tanpa ada DIA tiada maknanya penyatuan kita.
DIA cipta kita, bukan kita mencipta.
DIA temukan kita, bukan kita mempertemukan.
DIA berkuasa atas awak.
DIA berkuasa atas saya.
DIA miliki awak.
DIA miliki saya.
Saya bukan milik awak dan jauh sekali awak milik saya. Segalanya pinjaman dunia dari DIA.
Awak,
bersama atau tidak kita nanti, saya nak awak tahu yang rasa ini tak pernah saya rasai sebelum ini.
Awak,
memiliki atau tidak kita nanti, saya nak awak tahu yang rasa ini tak pernah menipu.
Awak,
saya nak kita bersedia dengan apa jua kemungkinan kerana bukan pada kita letaknya kekuasaan.
Awak, saya pergi dulu.
Awak tahu siapa awak.
Awak juga tahu siapa saya.
Awak tahu siapa DIA.
Yang akhir itu buat saya cinta.
Teruskanlah memberi peringatan kepada saya kerana itu yang saya butu.
Semoga dipertemukan jua nanti. Amin.
Jaga diri, jaga iman, jaga segalanya.
With love, Anis.
Dikala sukar melelapkan mata.
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment