“Cubalah lamar
Fatimah? Pada firasatku, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda.”
“Aku?” tanyanya tidak yakin.
“Ya. Engkau
wahai saudarau!”
“Aku hanya
pemuda miskin. Apakah yang dapat aku jadikan sebagai jaminan?”
“Kami di
belakangmu kawan! Semoga Allah menolongmu!”
Ali pun menghadap Rasulullah s.a.w. Maka dengan memberanikan diri, disampaikan keinginannya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Beliau tahu secara ekonomi tidak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana, di samping tepung kasar sebagai makanan.
Adakah beliau
perlu meminta waktu dua atau tiga tahun untuk membuat persiapan? Itu memalukan!
Adakah beliau perlu meminta Fatimah menantikannya sementara waktu sehingga
cukup persiapannya? Itu sangat keanak-anakan. Usianya telah mencecah dua
puluhan sekarang.
“Engkau pemuda sejati wahai Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Beliau harus menjadi pemuda yang sedia bertanggungjawab atas rasa cintanya, sedia memikul risiko atas pilihan-pilihannya dan yakin bahawa Allah Maha Kaya.
Lamarannya
berjawab,
“Ahlan wa
Sahlan!” Kata-kata itu
meluncur dengan tenang bersama senyuman Rasulullah s.a.w. Ali pun tidak
mengerti. Apakah maksudnya? Ucapan selamat datang itu sukar untuk dikatakan
sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Rasulullah s.a.w pun
tidak mengerti untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang.
Tapi ia siap ditolak. Itu risiko dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban pertanyaan yang tidak kunjung berjawab, apatah lagi jika disimpan di dalam hati. Hal itu tidak ubah seperti bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.
Tapi ia siap ditolak. Itu risiko dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban pertanyaan yang tidak kunjung berjawab, apatah lagi jika disimpan di dalam hati. Hal itu tidak ubah seperti bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.
“Bagaimana jawapan Rasulullah s.a.w, saudaraku? Bagaimana lamaranmu?”
“Entahlah...”
“Apa
maksudmu?”
“Menurut pandangan
kalian, adakah ‘Ahlan wa Sahlan’ boleh diertikan sebagai jawapan?”
“Satu sahaja
sebenarnya sudah cukup, namun engkau memperoleh dua, Ahlan sahaja sudah bererti
‘Ya’. Sahlan demikian juga. Padahal kau menerima ahlan wa sahlan, saudaraku.
Kedua-duanya bererti ‘Ya’.
Ali pun menikahi
Fatimah dengan menggadaikan baju besinya. Walaupun kawan-kawan mahu
menyumbangkan rumah untuk tujuan tersebut, tetapi Rasulullah s.a.w tetap
bertegah agar Ali membayar wang ansurannya. Itu hutang. Dengan keberanian untuk
mengorbankan cintanya kepada Abu Bakar, Umar dan Fatimah serta keberanian untuk
menikah, maka hal ini bukanlah sekadar janji-janji dan nanti-nanti lagi. Ali
ialah lelaki sejati. Tidak dihairankan kalau pemuda Arab memiliki ungkapan,
“La fatan
illa Aliyyan.” Tiada
pemuda sejati kecuali Ali.
0 jari-jari menaip komen:
Post a Comment