Wednesday, September 28, 2011

dapat SMS ape tu?

Apa khabar anda hari ini?
Bersyukurlah andai dikurniakan nikmat SIHAT.
Bersyukur juga jika anda diuji dengan SAKIT.

Pernahkah anda terima message seperti di bawah?
Saya yakin dan pasti ramai yang tahu mengenai ini kan...
Saya pernah terima message ini daripada seorang sahabat.
Sebenarnya sebelum menerima message daripada beliau, saya sudah tahu mengenai perkara ini dari Facebook.

TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM -HJ.JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

Ternyata message ini bukanlah benar setelah saya membuat beberapa rujukan dan bertanya kepada kawan-kawan. [SMS Palsu?
Jawab kawan saya, andai benar sudah tentu dihebohkan melalui media. 
Contohnya macam Butter Golden Churn yang disahkan HARAM beberapa bulan yang lalu sebelum raya.
Kek lapis yang dibuat menggunakan butter tersebut turut haram tapi TAK SEMUA dan TIDAK DIKHUSUSKAN NEGERINYA. 
Take note. TAK SEMUA KEK LAPIS YANG DIJUAL MENGGUNAKAN BUTTER GOLDEN CHURN DAN TIDAK DIKHUSUSKAN KEK LAPIS DARI NEGERI MANA.
 *bukan apa isu ini berbangkit...ada ayah kepada seorang sahabat saya  ditanya oleh seorang hamba Allah begini:
"Sarawak masih jual ke Kek Lapis B*** tu..?" 
Soalan yang boleh dikatakan dalam kategori kurang sopan. Entry ini bukan nak bersifat kenegerian cuma nak memberi pengajaran untuk renungan. Apa salahnya andai dia tanya menggunakan bahasa yang lebih elok kan..?
Andai dirinya sendiri ditanya sebegitu sudah pasti naik angin. Masalahnya yang bertanya bukannya individu yang tidak mendapat pendidikan yang tinggi. Mereka yang bertanya rata-rata golongan bijak pandai. Begini kah hasil modal insan yang diimpi-impikan? Sama-sama kita renungkan.

Sebelum saya memanjangkan lagi isu ke arah yang lain, ada baiknya saya kembali ke main point yang sebelum ini iaitu message di atas. Saya nasihatkan ada baiknya kita SELIDIKI KESAHIHAN MAKLUMAT YANG DITERIMA SEBELUM MENYEBARKAN SEBELUM KITA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG MENYEBARKAN FITNAH. Nauzubillah... Saya pasti semua tahu dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh... [peringatan untuk diri sendiri..]

Sekian saja perkongsian untuk renungan dan diambil pengajaran ...


0 jari-jari menaip komen:

 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template