Wednesday, July 25, 2012

Anas Ibnu Malik Al-Ansari


A
nas Ibnu Malik dibimbing ibunya, Al-Humayshak, untuk mengucapkan dua kalimah syahadah pada masa usianya masih muda dan hatinya tumbuh mencintai Nabi Allah, Muhammad bin Abdullah (baginya selawat dan salam yang utama dan suci.

Rasulullah s.a.w sentiasa tinggal di Madinah. Sehingga pada suatu hari, ibu Anas bersama anaknya menemui Nabi s.a.w lantas mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w dan berkata: “Ya Rasulullah, tiada seorang lelaki dan wanita pun dari kaum Ansar yang tidak member hadiah padamu. Tetapi aku tidak memiliki sesuatu pun yang dapat kuberikan kepadamu kecuali anakku ini. Ambillah dia dan mintalah dia untuk berkhidmat kepadamu sesukamu.”
Nabi sangat gembira melihat anak itu. Baginda mengusap kepalanya, meraba rambutnya, kemudian menjadikannya sebahagian dari keluarga baginda.
Sepanjang hidupnya Anas sentiasa mengingati kenangannya bersama Nabi s.a.w. Dia merasa sangat sedih ketika Nabi wafat. Air matanya berlinang dan lidahnya kelu dan gugup untuk berbicara.
Dia bersemangat untuk mengikuti setiap ucapan dan perbuatan Nabi. Mencintai apa yang baginda cintai. Membenci apa yang baginda benci.
 Dua hari yang sangat berkesan baginya adalah hari ketika pertama kali dia bertemu dengan Nabi dan hari ketika berpisah dengan baginda untuk selamanya.
Ucapan yang sering terlontar di bibirnya adalah: “Sungguh aku sentiasa ingat ketika pertama kali bertemu baginda dan ketika baginda meninggalkan kita untuk selamanya dan aku tidak melihat ada hari-hari yang lebih berkesan dari kedua hari itu.”
Ketika Nabi masih hidup, baginda sering mendoakan Anas Ibnu Malik dan doa baginda dimakbulkan oleh Allah. Anas r.a. merupakan seseorang yang sangat teruja dengan syafa’at Rasulullah pada hari kiamat, sehingga dia selalu berkata: “Sungguh aku sangat ingin bertemu Rasulullah pada hari kiamat kelak dan mengatakan kepadanya: Ya Rasulullah, ini adalah hamba kecilmu, Unais.”
 *****
Tahukah anda?

              Salah satu doa baginda Nabi s.a.w buat Anas adalah: “Ya Allah, anugerahkanlah kepadanya harta dan keturunan dan berkatilah dia.”

              Anas menjadi orang Ansar yang paling kaya dan yang paling ramai keturunannya, hamper mencapai 100 orang. Allah s.w.t memberkati kehidupannya, sehingga dia boleh hidup selama 103 tahun.

*****

  Bagaimana pula kita ya? Jika Rasulullah s.a.w bersama kita sekarang, adakah kita akan segembira Anas atau kita lebih gembira atau mungkin baginda dilihat bagai angin lalu? Renung”, Tenung” Usah Murung”



Thursday, July 12, 2012

Kursus Pra Perkahwinan

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
*ayat bajet ada stalker...

Seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini,
Janji nak cerita pasal input apa yang kita dapat bila pi Kursus Pra Perkahwinan.

Kursus tu makan masa 2 hari ja.
Anis pi aritu bayar RM15 je...
*mungkin bajet untuk makan je kot...Anis kurang pasti la...

Dalam masa 2 hari tu, kita dengar ceramah.
Kena hadir 10 Slot baru boleh dapat sijil.
Anis pi kesemua 12 slot meskipun bila masa dah nak habis tu Anis da mulai kebosanan.

Bosan2 pon Anis dengar tau...tapi...sambil melukis la.. 
^^v


Hari Pertama (7 Julai 2012)
Mula2 pi tuh kena daftar dulu.
Dapat fail, A4 paper kosong 2 helai, name tag dan buku Gerbang Menuju Perkahwinan.
Buku tu ada semua input tentang ceramah yang akan disampaikan.
Alaa..bagi buku pun bukan semua nak baca kan...
That's why kena pi ceramah jugak.

Ceramah 1: AKHLAK
[rumusan: Sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin.]
Ceramah 2: AKIDAH
[rumusan: Akidah pohon, akhlak itu buahnya.]
Ceramah 3: PROSEDUR PERKAHWINAN
Ceramah 4: MUNAKAHAT
[rumusan: Kaf(Kongsi), Ha'(Hidup), Wau(Waktu), Ya'(Yang), Nun(Nikmat)]
Ceramah 5: HUBUNGAN DALAM KELUARGA
Ceramah 6: IBADAH
*daripada semua ceramah tu, yang Anis ingat satu
"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul."

Hari Kedua (8 Julai 2012)
Ceramah 7: PENGURUSAN KESIHATAN
[rumusan: jaga kesihatan, HIV, AIDS etc.]
Ceramah 8: PENGURUSAN MASA DAN KEWANGAN
[rumusan: Keinginan dan keperluan]
Ceramah 9: KOMUNIKASI SUAMI ISTERI
[rumusan: Perlu ada komunikasi yang baik untuk elak salah faham]
Ceramah 10: PENGURUSAN STRESS
[rumusan: Stress boleh memotivasikan]
Ceramah 11: PERKHIDMATAN RUNDING CARA JAIS
[rumusan: Pasangan pergi kaunseling bukan pasangan yang nak bercerai.]
Ceramah 12: PEMBUBARAN PERKAHWINAN
[rumusan: Perkataan cerai boleh berlaku di mana-mana]
*yang ni secara keseluruhannya, ermm...agak kurang menyengat penyampaian,,sebab tu Anis pi melukis...tapi masih dengar gak la..nasib bek la penceramah yang last ada ohsem...cerita pasal cerai tu...

sekian sahaja perkongsian,
walaupun Anis pi tanpa pasangan,
*jauh di mata tapi dekat di hati, pasti bersatu juga nanti, InsyaAllah..
doakanlah....
Anis tidak rasa kekurangan,
sebab dengar ceramah boleh tambah pengetahuan.

p/s: bayaran untuk kursus tu ekot negeri...ada jabatan agama yang dah diswastakan, sebab tu bayaran kursus mahal...tu yang ustaz penceramah Prosedur Perkahwinan bagitau kat kitorang...
tapi kan, dia (yang jauh di mata tu) pi FREE...
(^_^)

Tuesday, July 10, 2012

Bila Anis Bosan (B.A.B)

B.A.B
bukan
Buang Air Besar
^^v

Pada 7 dan 8 Julai 2012,
Miss Anis pergi
Kursus Pra Perkahwinan
*pergi dengan kawan untuk timba ilmu je...
nak kahwin jugak dah kot.hehe

Ingatkan kursus tu ada Teori dan Amali
ropenyer dengar ceramah je
*nanti Anis cerita pada entry akan datang ye apa pengisiannya.
InsyaAllah

1st day boleh tahan lagi.
Tak berapa nak bosan lah
cuma parah sikit sebab penat duduk lama
huhu

Dah2x,
Anis tamao celoteh panjang pasal B.A.B ni
Macam ni kisahhnya,
2nd day mula naik bosan.

Jadi,
Anis melukis.
Penuh sehelai A4 paper
dengan 8 lukisan 
sebab Anis lipat 4
and
entry ni
Anis nak upload la gambar2 tak berapa nak cantek tu
hehe

TADAA!







boleh pulak yang last ni terbalik.hm..

that's all
sekian

^^v


Sunday, July 8, 2012

F R I E N D


I don't need a FRIEND but I need a BEST FRIEND

A BEST FRIEND for me is...

I don't care if you don't share your HAPPINESS
but I swear it hurts me a lot when you only need me during your LONELINESS

I don't care if you don't share your SECRET
but I swear it hurts me a lot if you share others my SECRET

I don't care if you don't even care if I'm in PAIN
but I swear it hurts me a lot if you be with me because there's something you GAIN


 
Luahan Hati Blogger Template by Ipietoon Blogger Template